Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

3 HINGGA 8 SEPTEMBER 2018 - BENGKEL PENAKSIRAN DAN PENILALAIN CUKAI BANGUNAN

Penyampaian Sijil.jpg

​Kementerian Hal Ehwal Dalam NegeriMulai Hari Isnin hingga Khamis, 3 – 6 September 2018 dan hari Sabtu, 8 September 2018. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan Bengkel Penaksiran dan Penilaian Cukai Bangunan mulai Hari Isnin hingga Khamis, 3 – 6 September 2018 dan hari Sabtu, 8 September 2018 dengan menjemput penceramah daripada PEPAM (Persatuan Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia) yang diwakili oleh pegawai-pegawai daripada Majlis Perbandaran Kulai, Johor Darul Takzim dan Majlis Bandaraya Bersejarah, Melaka.

Ucapan Welcoming.jpg

Gambar ramai.jpg

Bengkel yang berjalan selama 5 hari tersebut melibatkan peserta-peserta daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Bandaran seramai 30 orang. Antara objektif bengkel tersebut diadakan adalah sebagai persediaan peserta-peserta di Jabatan-Jabatan Bandaran untuk melaksanakan kaedah penaksiran yang baru, penggunaan kaedah penaksiran yang bersesuaian dan teratur, penyeragaman kaedah penaksiran di ketiga-tiga Jabatan-Jabatan Bandaran dan untuk meningkatkan serta menambahbaik pengetahuan peserta-peserta dalam melaksanakan kerja-kerja penaksiran. Disamping itu, antara aktiviti lain bengkel tersebut juga melibatkan lawatan kerja lapangan di kawasan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dan kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Opening Reception.jpg

Lawatan Kerja Belait.jpg

Sepanjang bengkel tersebut penceramah undangan juga turut berkongsi pengalaman dan pemasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan kerja-kerja penaksiran dan penilaian cukai bangunan di Malaysia bagi memberikan jalan untuk memperbaiki dan menambahbaik lagi sistem pentadbiran cukai bangunan di Brunei dari masa ke semasa. Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan mengenai sumbangan hasil lain yang dijana di Malaysia selain kutipan cukai bangunan iaitu sumbangan membantu kadar dimana dengan adanya pendedahan sedemikian akan memberikan peluang kepada peserta untuk belajar perkara baru yang mungkin boleh dipraktikkan di Brunei. Disamping itu, bengkel berkenaan telah menambah ilmu pengetahuan para peserta dan diharap dapat membantu mereka dalam memperbaiki mutu kerja mereka di masa akan datang. 

Lawatan Kerja Rizqun.jpg


Created at 13/09/2018 13:55 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 13/09/2018 13:55 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah