Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

12 SEPTEMBER 2018 - MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH 1440 “HIJRAH HATI”

panji.gif

BANDAR SERI BEGAWAN – RABU, 12 SEPTEMBER 2018 - Majlis keagamaan Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah peringkat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-jabatan di bawahnya telah diadakan di Masjid Kampong Lumapas yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan. Majlis keagamaan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong.

Majlis dimulakan dengan bacaaan Doa Awal Tahun Hijrah oleh Pemangku Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Ustaz Haji Othman bin Asat. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan ceramah khas bertajuk HIJRAH HATI yang menghuraikan mengenai sejarah dan keistimewaan Awal Tahun Hijrah yang disampaikan oleh penceramah undangan Yang Mulia Ustaz Fariszal bin Haji Ali, Penolong Kaunselor Jabatan Penjara.

Sejurus selepas itu Tetamu Kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, serta para hadirin yang hadir menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang di imamkan oleh Yang Mulia Awang Mohd Salleh bin Haji Abd Rahman, Bilal Masjid Kampung Lumapas.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian barang keperluan masjid berkenaan kepada Bilal Masjid Kampung Lumapas, Yang Mulia Mulia Awang Mohd Salleh bin Haji Abd Rahman, yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

Juga hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Brunei Muara, Yang Mulia Setiausaha Tetap - Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap - Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung


Created at 13/09/2018 08:57 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 13/09/2018 08:57 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah