Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

2 SEPTEMBER 2018 - FIRE FIGHTER RUN 2018 “BERSUKAN UNTUK KESIHATAN

panji.gif

Bandar Seri Begawan, Ahad 2 September 2018 - Untuk memeriahkan lagi Bandar ku Ceria, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Larian Bomba 2018 bersempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke – 58. Larian tersebut bermula dan berakhir di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Larian Bomba 2018 adalah salah satu aktiviti tahunan sempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat yang diraikan setiap tahun. Selain itu, Larian Bomba 2018 bertujuan untuk menarik penyertaan peminat aktiviti sukan terutama sekali sukan berlari dan berbasikal yang giat popular dikalangan warga dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Disamping itu program ini diadakan bagi meningkatkan dan memantapkan lagi tahap kesihatan dan kecerdasan warga bomba sendiri dalam menghadapi cabaran harian yang semakin mencabar. Ianya juga diharap akan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dan penduduk Negara ini secara umumnya untuk meningkatkan kesihatan dengan cara beriadah atau bersukan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Acara dimulakan dengan senam robek memanaskan badan diikuti dengan perlepasan lebih seratus orang peserta yang mengikuti pertandingan larian Bomba sejauh 12 kilometer.  Pertandingan tersebut juga disertai oleh peserta-peserta dari Negara jiran dan dilepaskan oleh Tetamu Kehormat.

Beberapa acara sampingan juga diadakan dan dibukakan kepada orang ramai seperti pameran keselamatan kebakaran, produk-produk dari beberapa syarikat Swasta dan dari MPK Rimba iaitu Projek Padam yang mempamerkan projek "Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api".

Acara larian diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penaja-penaja Larian Bomba 2018, penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang mencipta logo dan baju serta penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang larian 12 km terbuka lelaki dan wanita yang disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Juga hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.


Created at 13/09/2018 08:47 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 13/09/2018 08:47 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah