Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

12 OGOS 2018 - Acara Regata Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018.

_DSC0342.JPG

Bandar Seri Begawan, Ahad, 12 Ogos 2018 – Acara Regata Brunei Darussalam (SESI PETANG) Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018 telah diadakan pada petang ini 30 Zulkaedah 1439 Hijrah bersamaan 12 Ogos 2018 Masehi pada jam 1 petang di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

_DSC0429.JPG

Berkenan Bercemar Duli bagi sesi petang ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada jam 1.45 petang. 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

_DSC0420.JPG

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Penasihat-Penasihat Bersama Regata Brunei Darussalam 2018; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan selaku Pemangku Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan; 

Sejurus Keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Dijunjung oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat Penasihat Bersama Regata Brunei Darussalam 2018 bagi menyertai Lumba Perahu Fiberglass Acara Khas 15 Pekayuh.

_DSC0359.JPG

Setelah itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Dijunjung ke Pentas Diraja bagi menyaksikan beberapa perlumbaan lumba perahu iaitu Lumba Perahu Fiberglass Belia-Belia Bawah Umur 30 Tahun ke Bawah 20 Pekayuh, Lumba Perahu Fiberglass antara Institusi dan Pengajian Tinggi 15 Pekayuh, Lumba Perahu Fiberglass Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah Menengah 15 Pekayuh dan Lumba Perahu Fiberglass Belia-Belia Terbuka 20 Pekayuh.

Kemudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bagi berangkat ke hujung Pulau Si Bongor di perairan Sungai Brunei menaiki perahu khas bagi melepaskan Lumba Perahu Tradisi Marathon 30 Pekayuh yang merupakan Lumba perahu yang terakhir bagi Acara Regata Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018 ini yang mana pertarungan sepanjang 5KM. 

Sejurus selapas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia beserta Kerabat Diraja kemudian Dijunjung Oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan untuk Menyaksikan Pameran-Pameran di Galeri Seni Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Diantara perisian Galeri Pameran tersebut mempamerkan gambar-gambar dan potret-potret Lumba Perahu yang telah diadakan pada Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Pameran yang bertemakan "Sungai Brunei Penghubung Budaya Warisan Brunei" juga turut mempamerkan koleksi-koleksi lukisan khas dari pelajar-pelajar Sekolah dan Maktab yang terpilih. 

Kemudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia beserta Kerabat Diraja seterusnya dijunjung semula ke Pentas Diraja bagi pengurniaan hadiah kepada pemenang-pemenang perlumbaan. 

Bagi Lumba Perahu Fiberglass Acara Khas 15 Pekayuh, Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mendapat tempat yang kedua diikuti dengan Pasukan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri di tempat ke tiga. Manakala Perlumbaan tersebut dimenangi oleh Pasukan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; 

Sementara bagi acara Lumba Perahu Tradisi Maraton 30 Pekayuh pula dijuarai oleh Pasukan Olahraga Dayung Seluruh Indonesia Kalimantan Barat dari Republik Indonesia. 

Letupan gas berwarna warni mewarnai perairan Sungai Brunei dan barisan Lalu Kapal-Kapal dari pelbagai agensi kerajaan menandakan berakhirnya Acara Regata Brunei Darussalam 2018 Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun ini.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan jemputan-jemputan khas

Acara Regata Brunei Darussalam 2018 ini diungkayahkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018. 

Acara ini juga adalah salah satu lagi diantara siri rancangan majlis atau acara-acara bagi memberi nilai tambah kepada suasana berlangsungnya Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018.

Selain daripada itu, acara Regata Brunei Darussalam yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk mempromosikan Sukan Lumba Perahu khususnya kepada golongan belia-belia dan generasi muda yang mana sukan ini telah menjadi salah satu sukan tradisi bagi negara ini.


Created at 13/08/2018 10:15 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 13/08/2018 15:21 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah