Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

12 OGOS 2018 - Acara Regata Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018.

_DSC0246.JPG

​12 Ogos 2018 - Acara Pagi Bandar Seri Begawan, Ahad, 12 Ogos 2018 – Acara Regata Brunei Darussalam (SESI PAGI) Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018 telah diadakan pada pagi ini 30 Zulkaedah 1439 Hijrah bersamaan 12 Ogos 2018 Masehi pada jam 9 pagi di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan. 

_DSC0291.JPG

Berangkat hadir bagi sesi pagi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah , Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

Turut Berangkat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Penasihat-Penasihat Bersama Regata Brunei Darussalam 2018; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan selaku Pemangku Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Sejurus Keberangkatan, Duli Yang Teramat Mulia Dijunjung Oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bagi melepaskan acara Lumba Perahu Tradisi Antara Kementerian-Kementerian 25 Pekayuh.

Setelah itu Duli Yang Teramat Mulia Dijunjung kembali ke Pentas Diraja bagi menyaksikan Lumba Perahu Fiberglass Antara Syarikat-Syarikat Swasta 20 Pekayuh dan Lumba Perahu Tradisi Terbuka 30 Pekayuh.  


Sebelum Berangkat balik, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan untuk mengurniakan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang perlumbaan lumba perahu bagi sesi pagi.

Acara Regata Brunei Darussalam 2018 ini diungkayahkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018. 

Acara ini juga adalah salah satu lagi diantara siri rancangan majlis atau acara-acara bagi memberi nilai tambah kepada suasana berlangsungnya Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018. 

Selain daripada itu, acara Regata Brunei Darussalam yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk mempromosikan Sukan Lumba Perahu khususnya kepada golongan belia-belia dan generasi muda yang mana sukan ini telah menjadi salah satu sukan tradisi bagi negara ini.

WhatsApp Image 2018-08-13 at 07.56.13.jpeg

Created at 13/08/2018 09:20 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 13/08/2018 15:25 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah