Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

14 JULAI 2018 - LAWATAN JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-72 TAHUN BAGI TAHUN 2018 KE DAERAH BELAIT

panji.gif

Kuala Belait, Sabtu - 14 Julai – Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018 akan diadakan pada hari Sabtu 21 Julai 2018 di Padang Bandaran Kuala Belait.

Sehubungan itu latihan penuh bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi acara tersebut diadakan pada pagi tadi di Padang Bandaran Kuala Belait.

Hadir meninjau latihan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Bagi Daerah Belait, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Belait, pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Belait serta Ahli-Ahli Jawatankuasa  Tadbir Tertinggi Daerah Belait Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 72 Tahun Bagi Tahun 2018.

Tinjauan tersebut adalah bagi memastikan kelancaran persediaan-persediaan dan latihan yang diungkayahkan di daerah ini, khususnya bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah ini.

Persembahan Khas bagi Majlis Ramah Mesra Dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat Dan Penduduk Daerah Belait Sempena Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Daerah Belait pada tahun ini bertemakan Kasih Rakyat Untuk Raja Yang Berkat.

Corak persembahan pada tahun ini disembahkan dengan kolaborasi apresiasi seni yang dilakukan dengan pembacaan, penggubahan beberapa genre karya dengan melibatkan beberapa unsur seni yang berkonsepkan syair dan puisi khas mendukung tema yang mencerminkan sebagai tanda ketaat-setiaan dan kasih sayang rakyat kepada Raja serta menjunjung kedaulatan Baginda yang diekspresikan dengan iringan irama gabungan instrumen orkestra dan juga persembahan tarian, olah gerak dan nyanyian ramai.

Persembahan tersebut mengandungi 3 segmen yang dipersembahkan oleh seramai lebih kurang 472 peserta yang terdiri daripada Pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Kerajaan dan Swasta serta gabungan belia dan persatuan-persatuan di Daerah Belait. Ianya adalah simbol rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi di atas kepimpinan Baginda. Manifestasi kasih rakyat sebagai tanda kasih yang tulus, ikhlas, syukur nikmat serta taat dan setia.

Orang ramai terutama penduduk Daerah Belait adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir pada bagi memeriahkan lagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk itu nanti pada hari Sabtu, 8 Zulkaedah 1439 bersamaan 21 Julai 2018 dalam menzahirkan ketaat setiaan rakyat kepada Raja yang disayangi, dikasihi dan dicintai.

Created at 14/07/2018 14:18 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 14/07/2018 14:18 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah