Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

7 JULAI 2018 - LAWATAN JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-72 TAHUN BAGI TAHUN 2018 KE DAERAH BELAIT

panji.gif

Kuala Belait, Rabu- 7 Julai - Latihan-latihan bagi mengemas kini persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018 terus diadakan di daerah ini. Latihan diadakan pagi tadi di Padang Bandaran Kuala Belait.

Hadir meninjau latihan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara Bagi Daerah Belait, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Belait, pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Belait serta Ahli-Ahli Jawatankuasa  Tadbir Tertinggi Daerah Belait Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 72 Tahun Bagi Tahun 2018. 

Tinjauan tersebut adalah bagi memantau persediaan-persediaan awal latihan yang diungkayahkan di setiap daerah, khususnya bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah ini.

Tema Persembahan Khas bagi Majlis Ramah Mesra Dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat Dan Penduduk Daerah Belait Sempena Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Daerah Belait pada tahun ini ialah Kasih Rakyat Untuk Raja Yang Berkat.  Persembahan tersebut dipersembahkan oleh Pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Kerajaan dan Swasta serta gabungan belia dan persatuan-persatuan di Daerah Belait.

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah-Daerah akan membuka tirai dengan dimulakan di Daerah Tutong pada hari Khamis, 6 Zulkaedah 1439 bersamaan 19 Julai 2018, di ikuti dengan Daerah Belait pada hari Sabtu, 8 Zulkaedah 1439 bersamaan 21 Julai 2018, di Daerah Temburong pada hari Selasa, 11 Zulkaedah 1439 bersamaan 24 Julai 2018 dan di Daerah Brunei dan Muara pada hari Ahad, 16 Zulkaedah 1439 bersamaan 29 Julai 2018.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir dan diseru untuk mengambil peluang ini bagi memeriahkan lagi majlis tersebut disamping menzahirkan ketaat setiaan rakyat kepada Raja yang disayangi, dikasihi dan dicintai. 

Created at 07/07/2018 14:07 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 07/07/2018 14:07 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah